PUSAT SUMBER SKBBSD2

MATLAMAT PSS
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membantu mempertingkat profesionalisme guru-guru agar lebih berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
  • Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. 
OBJEKTIF PSS
  1. Menyediakan kemudahan alat dan bahan ( perkakasan dan perisian ) untuk membantu guru dan murid melaksanakan proses Pengajaran & Pembelajaran.
  2. menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan murid.
  3. Mewujudkan satu iklim atau suasana yang boleh menggalakan perubahan sikap di kalangan guru dan murid dari segi kaedah pengajaran yang berbagai dan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid.
  4. Meningkatkan mutu pengajaran guru dan taraf pencapaian murid  

PERANAN PSS
  1. Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak.
  2. Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.
  3. Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan . 
  4. Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan
FUNGSI PSS
  • Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi daripadaberbagai jenis dan bentuk yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran, samaada di dapati secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
  • menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau kumpulan daraipada bahan-bahan yang dibeli atau barangan terpakai
  • Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik.
  • Mengedar atau menyebarkan maklumat maklumat yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua murid dan guru.
  • Memberikan panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna mengenai perkhimatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.
CIRI-CIRI DAN KOMPONEN PSS
  • Lokasi yang strategik
  • Mengenal staff PSS
  • Pelbagai aktiviti galak guna PSS
  • Berasa senang dan sedia ke PSS
  • Punya koleksi yang sesuai, cukup, terkini dan menarik
  • Perkhidmatan dan lokasi PSS digunakan sepenuhnya
  • Faham fungsi PSS
      

No comments:

Post a Comment