PROFILE SEKOLAH SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2
Nama & Alamat Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2
Jalan Cempaka SD 12/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
Kod Sekolah : BBA 8253
Tel/Fax : 03-62720144 / 03-62772539
Jenis : Sekolah Kebangsaan
Peringkat Sekolah : Sekolah Rendah
Sesi : Pagi
Di buka : Julai 2000
Bilangan Murid :
630 ( Sehingga April 2015 )
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah
ini telah di buka pada 17 Julai 2000. Terletak di pinggir bukit Bandar
Sri Damansara dan di kelilingi kawasan perumahan. Jabatan Pelajaran
Selangor telah memutuskan sekolahini boleh memulakan operasi pada 1
Januari 2001 untuk murid tahun 1, 2, 3, dan 4. Seramai 360 orang murid
dan 8 orang guru telah memulakan sesi persekolahan hari pertama pada
hari tersebut bersama 3 orang guru penolong kanan dan 2 kakitangan
sokongan bukan guru. Guru besar pertama sekolah ini ialah Pn. Ainon
Marthdiah Binti Ahmad dan Pengerusi PIBG Pertama ialah Dato' Che' Khalid
Bin Mohd Noh
Sekolah
Kebangsaan Bandar baru Sri Damansara 2 mendapat nama sempena dengan
nama kawasan itu sendiri iaitu Bandar Sri Damansara. Terdapat 4 buah
sekolah rendah lain di kawasan ini yang menggunakan Bandar Sri Damansara
LENCANA SEKOLAH
HURAIAN DAN PENERANGAN LENCANA
2000 : Tahun sekolah ditubuhkan.
BUKU : Ilmu penyuluh hidup, panduan kepada murid, melambangkan sekolah tempat menyebarkan ilmu untuk semua bangsa dan agama.
2 GERIGI : Melambangkan
sains dan teknologi. Keazaman melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi, selaras dengan wawasan
negara untuk menjadi negara maju.
BUNGA CEMPAKA KELOPAK 7 : Terletak sekolah ini di Jalan Cempaka, 7 pula bermaksud di buka pada bulan 7 ( julai )
LENGKUNGAN MOTTO SEKOLAH : Menggambarkan
rangkuman matlamat sekolah yang akan berusaha melahirkan murid berilmu,
berdisiplin, berintelektual, berwawasan serta berjaya dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum.
WARNA KUNING : Melambangkan warga SKBBSD2 sentiasa taat dan berpegang teguh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara.
WARNA MERAH : Melambangkan
keberanian, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di sanubari
setiap warga sekolah dalam mencapai sesuatu cita-cita dan matlamat
WARNA MERAH DAN KUNING : Warna bendera Negeri Selangor
WARNA HIJAU : Melambangkan
keakraban, keharmonian dan kesatuan ikatan perpaduan di kalangan warga
sekolah yang berbilang kaum. Warna rasmi sekolah.
No comments:
Post a Comment