Wednesday, December 4, 2013

2013 semakin melabuhkan tirai, 2014 bakal menggamit

Tahun 2013 akan mengakhiri hari-harinya sedikit masa lagi. pelbagai cerita, pelbagai pengalaman, pelbagai manis dan pahit yang di tempuhi. Sepanjang tahun 2013 pelbagai rancangan turut di rancang bagi memantapkan perkhidmatan pusat sumber. Ada perancangan yag dapat dilaksanakan dengan sempurna seklai, dan ada juga perancangan yang terpaksa di tangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apapun projek penambahbaikkan untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid semasa menggunakan PSS dapat di buat, iaitu memasng jubin lantai, ianya 100% siap, tinggal nak tambah keceriaan dan keserian pusat sumber sahaja. yang masih menjadi permasalahan ialah sistem penghawa dingin. beberapa kontraktor telah di panggil namun keadaan masih sama, penghawa dingin masih tidak boleh digunakan. utnuk pusat sumber penghawa dingin menjadi suatu perkara yang amat penting, demi keselesaan murid-murid alternatif dan jalan penyelesaian harus di cari segera. insyallah dalam 2014 akan di cari jalan penyelesaiannya.
diharapkan tahun 2014 akan datang ini akan menampakkan usaha yang lebih lagi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber