Friday, February 22, 2013

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan SKBBSD2

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan :
Badan Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Surau
Pengawas SPBT
Pengawas Bilik Sukan






Tarikh 20 februari 2013
Dataran Perhimpunan SKBBSD 2

Wednesday, February 20, 2013

Dari Guru Perpustakaan dan Media

SELAMAT DATANG KE BLOG SKBBSD2

     Salam perkenalan dan ukhuwah dari kami warga kerja PSS SK Bandar Baru Sri Damansara 2. Diharapkan blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi mengenai perkhidmatan pusat sumber di sekolah kami. Proses pembinaan blog ini masih lagi dalam kerja peningkatan dan penambaikan, saya memohon maaf sekiranya masih terdapat kekurangan. 
     Penubuhan blog ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai perkhidmatan pusat sumber yang diadakan di SK Bandar Baru Sri Damansara 2. Pusat sumber merupakan pusat sehenti bagi murid-murid untuk memeperolehi ilmu dan pengetahuan. dalam era globalisasi dan moden ini, masyarakat digalakan untuk banyak membaca, kerana membaca merupakan kunci kepada pengetahuan. lagi banyak kita membaca, lagi banyak ilmu pengetahuan yang akan kita perolehi.
    Di pusat sumber selain terdapat buku-buku dan wadah bacaan. Terdapat juga bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru-guru di dalam pembelajaran & pengajaran agar dapat membantu meningkatkan proses pendidikan dan pemahaman murid.Penggunan alat pandang dengar dengan penyediaan bilik tayangan.
   Dalam usaha memantapkan dan memurnikan perkhidmatan kami, adalah sangat kami alu-alukan sebarang pandangan bernas dan cadangan agar dapat kami memberikan perkhidmatan yang terbaik.