Wednesday, December 4, 2013

2013 semakin melabuhkan tirai, 2014 bakal menggamit

Tahun 2013 akan mengakhiri hari-harinya sedikit masa lagi. pelbagai cerita, pelbagai pengalaman, pelbagai manis dan pahit yang di tempuhi. Sepanjang tahun 2013 pelbagai rancangan turut di rancang bagi memantapkan perkhidmatan pusat sumber. Ada perancangan yag dapat dilaksanakan dengan sempurna seklai, dan ada juga perancangan yang terpaksa di tangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apapun projek penambahbaikkan untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid semasa menggunakan PSS dapat di buat, iaitu memasng jubin lantai, ianya 100% siap, tinggal nak tambah keceriaan dan keserian pusat sumber sahaja. yang masih menjadi permasalahan ialah sistem penghawa dingin. beberapa kontraktor telah di panggil namun keadaan masih sama, penghawa dingin masih tidak boleh digunakan. utnuk pusat sumber penghawa dingin menjadi suatu perkara yang amat penting, demi keselesaan murid-murid alternatif dan jalan penyelesaian harus di cari segera. insyallah dalam 2014 akan di cari jalan penyelesaiannya.
diharapkan tahun 2014 akan datang ini akan menampakkan usaha yang lebih lagi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber

Wednesday, November 27, 2013

Dimana lagi Buletin Sekolah SKBBSD2 ????

Dimana lagi buletin sekolah kita????
Pertanyaan yang perlu dijawab oleh saya sendiri, hu hu hu.. sedih pun ada.. buletin sekolah hanya dapat dikeluarkan hanya tuk edisi pertama sahaja bagi sesi 2013 ni. Mungkin kerana sibuk ataupun saya tidak mampu untuk saya nak laksanakan keseorangan. Saya sebagai guru media memohon maaf kepada semua warga kerana tidak dapat mengeluarkan edisi berikutnya tahun ini. insyallah tahun 2014 akan datang ni saya akan perbaiki.
sebenarnya draf setiap tuk edisi berikutnya dah ada, cuma tidak dapat di terbitkan sahaja. Mungkin lepas nie saya kena wujudkan sebuah jawatankuasa khas yag terdiri daripada murid-murid yang berminat dalam bidang kewartawanan.. Agak-agak ada tak murid-murid yang berminat nak jadi wartawan cilik nie... Murid-murid SKBBSD2 nie sebenarnya ada bakat terpendam sebenarnya, tapi banyak bakat-bakat ini terpendam dan tidak dapat di cungkil.. mungkin murid-murid kita nie malu agaknya.... bagaimana tahun 2014 akan datang ni... ada tak murid-murid yang berbakat, yang berminat nak menonjolkan diri .. datang berjumpa saya.. dan saya akan jadikan anda Wartawan Buletin SKBBSD2

Sunday, April 7, 2013

Pengubahsuaian Pusat Sumber

Bermula 22 Mac 2013 hingga 19 April pusat sumber sekolah akan ditutup buat sementara waktu di atas kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur. Antara kerja-kerja penambahanbaikan dan pengubahsuaian ialah pemasangan jubin lantai bilik perpustakaan, bilik tayangan, bilik kerja dan BBM serta bilik GPM. Pintu-pintu utama dan kecemasan juga akan ditukar. Pemasangan jeriji keselamatan. Kerja-kerja pengubahsuaian ini adalah dibawah peruntukan kerajaan.
Segala program galakan membaca dijalankan melalui penyebaran kotak bergerak ke kelas-kelas. Pengisian waktu lain ialah di sudut bacaan kelas dan di pondok bacaan.
Segala kesulitan yang berlaku adalah amat kami kesali dan segala penambahbaikkan ini adalah untuk keselesaan di masa hadapan.





 

Friday, March 8, 2013

PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Syukur Alhamdulillah, Majlis Pelancaran NILAM peringkat SKBBSD2 telah selamat di sempurnakan denganmeriah seklai pada 1 Mac 2013, Jumaat. 
Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum, Pn. Norsalzafani Bt. Mohd Kisasi.
Turut diadakan ialah Pelancaran Buletin Sulung SKBBSD dan juga Logo Pembaca Tegar.
Diharapkan dengan terlancarnya program ini dapat meningkatkan minat membaca dikalangan murid

Banner Pelancaran Program Membaca


Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pelancaran
.










Friday, February 22, 2013

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan SKBBSD2

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan :
Badan Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Surau
Pengawas SPBT
Pengawas Bilik Sukan






Tarikh 20 februari 2013
Dataran Perhimpunan SKBBSD 2

Wednesday, February 20, 2013

Dari Guru Perpustakaan dan Media

SELAMAT DATANG KE BLOG SKBBSD2

     Salam perkenalan dan ukhuwah dari kami warga kerja PSS SK Bandar Baru Sri Damansara 2. Diharapkan blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi mengenai perkhidmatan pusat sumber di sekolah kami. Proses pembinaan blog ini masih lagi dalam kerja peningkatan dan penambaikan, saya memohon maaf sekiranya masih terdapat kekurangan. 
     Penubuhan blog ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai perkhidmatan pusat sumber yang diadakan di SK Bandar Baru Sri Damansara 2. Pusat sumber merupakan pusat sehenti bagi murid-murid untuk memeperolehi ilmu dan pengetahuan. dalam era globalisasi dan moden ini, masyarakat digalakan untuk banyak membaca, kerana membaca merupakan kunci kepada pengetahuan. lagi banyak kita membaca, lagi banyak ilmu pengetahuan yang akan kita perolehi.
    Di pusat sumber selain terdapat buku-buku dan wadah bacaan. Terdapat juga bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru-guru di dalam pembelajaran & pengajaran agar dapat membantu meningkatkan proses pendidikan dan pemahaman murid.Penggunan alat pandang dengar dengan penyediaan bilik tayangan.
   Dalam usaha memantapkan dan memurnikan perkhidmatan kami, adalah sangat kami alu-alukan sebarang pandangan bernas dan cadangan agar dapat kami memberikan perkhidmatan yang terbaik.